Wednesday, October 23, 2019

1 RAHSIA HILANGKAN JERAGAT





1 RAHSIA HILANGKAN JERAGAT DEGIL !

Iya,memang susah nak hilangkan jeragat ni.Lebih-lebih lagi jika sudah ada sejak dari kecil.Itu mungkin faktor keturunan.Tapi kita boleh pudarkan jeragat itu.
Ramai yang rasa putus asa,membazir duit dan redha dengan keadaan kulit muka yang berjeragat.Iyalah,dah cuba bermacam-macam produk tetapi tiada kesan.Ada yang sanggup berhabis duit pergi ke Saloon kecantikan namun masih tiada kesan yang memuaskan.Sebenarnya,kita tak boleh putus asa.Setiap penyakit pasti ada penawarnya.Yang penting kita usaha dan tawakal.
Mungkin produk itu,tak sesuai dengan kulit kita.Tapi sesuai dengan orang lain.Jadi,kita kena cuba sehingga kita jumpa dengan penawar masalah kulit kita.
Tak salah pun kita nak cuba bermacam-macam produk.Yang penting kita tahu kandungan dalam produk tersebut.Jangan ada bahan yang bersifat menghakis kulit. Dikhuatiri,kulit muka kita bertambah teruk.Pastikan:-

  • TIADA bahan kimia terlarang
  • TIADA pewarna tiruan
  • TIADA mercury
  • TIADA steroid
  • TIDAK menghakis kulit
  • TIADA kesan sampingan
  • TIADA BAHAN MENCURIGAKAN SEPERTI PLASTIK ATAUPUN BENDASING LAIN

Mungkin ada yang sudah tahu cara hilangkan jeragat yang kita nak kongsi ini,tetapi masih ramai di luar sana yang mungkin belum tahu kan.
________________________________________________________________





MASKER KUNYIT DIY !

Kunyit boleh menghilangkan jeragat dan melindungi kulit dari jangkitan.Caranya:-
  1. Camppurkan satu sudu teh kunyit dengan jus lemon.
  2. Sapukan pada kulit muka yang bermasalah.
  3. Biarkan 10-15 minit,kemudian bilas dengan air sejuk.
  4. Boleh buat sebelum mandi.

Redha itu memangla bagus,tetapi dalam masa yang sama kita ikhtiar cara hilangkan jeragat yang lain.Kalau tak dapat hilangkan pun,tapi kalau dapat kurangkan dari merebak ke seluruh muka itupun sudah cukup baik.Betul tak?
Mesti stress dengan masalah jeragat ini kan? So apa kita jom kita mula amalkan. Simple tapi PADU tips ni kan? 



 



















Friday, August 2, 2019

Tinggal Kenangan

Wizard dan Anak anak
Masa mula mula jumpa wizard dan Moly di tepi jalan.Aku ingatkan wizard ni jantan.
Bila dah besar sikit baru tau betina rupanya dia,tp ala ala tomboy gitu.Penangkap cicak dan tikus paling cemerlang dia ni.Time nak beranak,dia mesti duduk dekat husband.Tp bab menyambut kelahiran bukanla keje husban yea.Dalam pic dibawah ni semua anak kelhiran ke 2 dia.Aku plan nak kasi dia lepas beranak dan anak dah berumur 3bulan.Allah lebih sayangkan dia....tak tau kenapa tiba2 dia menghilangkan diri tanpa dikesan.Kami sekeluarga agak dia dh mati sebab seharian dia berperangai pelik.Anak di abaikan dan asyik tengok aku dan suami tanpa henti...mana kami duduk disitu dia akan landing atau minta dicium atau diusap.Pemergian yang aku x dapat nak terima,keesokan harinya....waktu makan pagi.Aku kira anak2 bulusku x cukup.panggil punya panggil x timbul2 juga.aku cari keliling rumah x de, tanya semua anak2ku ada nampak atau tidak.Kemudian cari keliling kampung x de juga.Kami redha dlam paksa.




 Anak anak wizard
Wafi,Wara dan Tiana
seminggu selepas mal mereka hilang/mati,
Seekor demi seekor meninggalkan kami sekeluarga.


Tiana

 Wafi

Tiana

 Wafi 

 Wafi,Tiana dan Wara

Wafi dan Wara



Tempahan Pakaian






Baju Kurung kembang....
Tempahan Anak Jiran,
Kain sari Full Lining
Baju Berlining kira 2x upah yea...

Sesiapa berminat nak tempah jahit baju boleh wasap saya terus 0174495420.
Saya terima tempahan online ataupun ofline.
Nak tau lebih details wasap jangan x wasap.


   



Tempahan Pakaian






Assalamualaikum semua,dah lama sangat rasanya saya x update blog ni.
Dah bersawang,hahaha.
Kot2 ada x yang rindu ke tertanya tanya mana la perginya minah ni.

Harini nak share gambar baju yang kawan saya tempah tahun lepas.
Hah....punya la lama baru nak update.
Bukan apa.....Lappysaya rosak,pastu saya x kuasa nak update guna fon...rasa renyah plus ada budak kecik yg suka menyibuk lagi.
Faham2 je la yea.

Tempahan Pakaian dari member baik masa kerja kat AEON Kinta City Ipoh.
Baju ni baju anak bongsu member saya untuk pakai di sekolah KEMAS setiap Jumaat.
Budak dalam pic tu anak saya nombor 4,kira model terjun la ni.
Disebabkan diorg ni satu saiz saya pinjam anak saya kejap untuk cuba.

Sejak pindah ni....saya mmg dah kurang ambil tempahan pakaian.
Skrg ni nak mula blk ambil tempahan.
Kot2 kome2 berminat nak tempah baju bolehlah roger2.

Ni nombor saya 0174495420 .







Friday, January 11, 2019

Puteri kesayangan

Ini la puteri puteri kesayangan mama papa, Nak di jadikan cerita, alkisahnya adik aku nak kawin bulan 12 haritu, Faham2 je la kan hujung2 tahun ni byk nak pakai duit utk persiapan persekolahan, tambahan anak sulung kami bersekolah asrama penuh.
So, kami sekeluarga x bercadang pun nak ikut tema. Dek kerana kesiankan anak2 sebab sepupu sepapat yg lain semua ikut tema.
Mama pun sesaja la bawa anak2 masuk kedai pakaian utk cuci cuci mata. Faham2 je la, kalau dh masuk kedai, nampak plak yg berkenan dan mengikut tema yg dicadangkan.
Budak2 ni pun ngelejat la nak try.Bila dah try.. Ingat x teringin ke. Diorg punya la pujuk papa suruh beli.
Nak x nak.... Kami dengan tebal muka tanya kat bakal pengantin.Belanja sekeping gambar kat dia.... Dia kata beli je, adoiyai.. Mana nak cekau duit ni. Barang2 sekolah ada yg x beli lagi. Dgn selamba dia offer diri nak bg pinjam dulu.
Konon2 baju2 tu ada offer by 1 free 1.Utk adik aku tu mmg la murah sebab dia mmg biasa beli baju2 kat butik,
Tp utk aku.... Mahal kot.Aku hitung2, rasa rugi. Baik la beli kain jahit sendiri.
Tp x sempat kan... Sebab nak pakai esoknya.Masa ni plak pasarayaku x jual baju2 kurung atau jubah.Baju sekolah banyak la.
Wahahaha....X pasal2 aku dah terbeli baju utk anak2 aku.
Kebetulan juga. Tema raya utk thn depan biru.En suami ckp, utk gugirl x payah beli dh..
So, raya 2019 mama hanya jahit utk 4org termasuk mama.
Ini bermakna mama boleh ambil banyak tempahan utk raya nnt.
Harap2 murah la rezeki hendaknya.
Aminn...

Sa8 Concentrated Laundry Detergent

SABUN BASUH SA8 kelebihan Sabun 📌 Organic 📌 Pembersihan berkualiti tinggi 📌 Air cucian boleh jadi baja pokok 📌 Sangat jimat ~ tahan 4-6 ...