Friday, January 11, 2019

Puteri kesayangan

Ini la puteri puteri kesayangan mama papa, Nak di jadikan cerita, alkisahnya adik aku nak kawin bulan 12 haritu, Faham2 je la kan hujung2 tahun ni byk nak pakai duit utk persiapan persekolahan, tambahan anak sulung kami bersekolah asrama penuh.
So, kami sekeluarga x bercadang pun nak ikut tema. Dek kerana kesiankan anak2 sebab sepupu sepapat yg lain semua ikut tema.
Mama pun sesaja la bawa anak2 masuk kedai pakaian utk cuci cuci mata. Faham2 je la, kalau dh masuk kedai, nampak plak yg berkenan dan mengikut tema yg dicadangkan.
Budak2 ni pun ngelejat la nak try.Bila dah try.. Ingat x teringin ke. Diorg punya la pujuk papa suruh beli.
Nak x nak.... Kami dengan tebal muka tanya kat bakal pengantin.Belanja sekeping gambar kat dia.... Dia kata beli je, adoiyai.. Mana nak cekau duit ni. Barang2 sekolah ada yg x beli lagi. Dgn selamba dia offer diri nak bg pinjam dulu.
Konon2 baju2 tu ada offer by 1 free 1.Utk adik aku tu mmg la murah sebab dia mmg biasa beli baju2 kat butik,
Tp utk aku.... Mahal kot.Aku hitung2, rasa rugi. Baik la beli kain jahit sendiri.
Tp x sempat kan... Sebab nak pakai esoknya.Masa ni plak pasarayaku x jual baju2 kurung atau jubah.Baju sekolah banyak la.
Wahahaha....X pasal2 aku dah terbeli baju utk anak2 aku.
Kebetulan juga. Tema raya utk thn depan biru.En suami ckp, utk gugirl x payah beli dh..
So, raya 2019 mama hanya jahit utk 4org termasuk mama.
Ini bermakna mama boleh ambil banyak tempahan utk raya nnt.
Harap2 murah la rezeki hendaknya.
Aminn...

No comments:

Post a Comment

Sa8 Concentrated Laundry Detergent

SABUN BASUH SA8 kelebihan Sabun 📌 Organic 📌 Pembersihan berkualiti tinggi 📌 Air cucian boleh jadi baja pokok 📌 Sangat jimat ~ tahan 4-6 ...