Showing posts with label TUTORIAL. Show all posts
Showing posts with label TUTORIAL. Show all posts

Friday, January 20, 2017

Cara Jahit Getah Rambut

Assalamualaikum semua,
 Ramai sangat kan yang nak tau cara jahit atau buat getah rambut sendiri.Memang la... kat kedai banyak blh dapat.Tp x sama dengan yang kita buat sendiri.Kalau buat sendiri boleh match dengan baju atau aksesori yang kita pakai kan....
Nak jahit getah rambut menggunakan kain ni,x de mesin jahit pun x pe,blh jahit tangan je....dari mula sampai akhir,cumanya siap lambat la sikit,tp siap juga kan.....
Harini saya nak tunjuk macam mana cara jahit getah rambut yang paling mudah.Kepada otai2 saya minta maaf jika ada kekurangan disini yea.Sila komen jika saya ada kesilapan,kepada newbis cara ini ada lah cara yang paling mudah dan senang di ikuti (bagi saya la....).



1. Getah untuk diletakkan dalam kain getah rambut kita tu.

2.Ukur getah sepanjang 7" nak lebih atau kurang pun blh,ikut citarasa sendiri.
Kalau guna getah sayur pun blh juga,tp kenalah guna 3 atau lebih setiap satu getah rambut yang kita nak buat tu.

3.Jahit tangan atau jahit mati getah yang sudah dipotong supaya x terlerai apabila apabila kita guna getah rambut nnt.Kalau dah terlerai.....kenalah buka semula jahitan pada kain nnt.Kan dah menyusahkan diri.hehehe
4.Kain pilihan....kain perca pun blh.potong ukuran 21" panjang.

5.Lebar 4", nak kurangkan pun boleh nak lebihkan pun boleh.ikut suka.


6.Kemudian jahit atau ketemukan kedua-dua penghujung kain,jangan lupa matikan.hehehe

7.Contoh dah di jahit.

8.Ambil getah yang td dan letakkan ke bahagian dalam kain yang kita dah sambung.

9.Pin kan atau jahit terus getah buatan sendiri tu yea.Kalau x yakin...pinkan dulu,bkn apa...takut saiz x sama besar pula.

Sekian Terima Kasih.
Harap-harap faham la tuto diatas.



Tuesday, September 8, 2015

Tutorial Pakai Shawl

 Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia sahabat.

Harini saya nak tunjukkan atau ajar cara pakai shawl panjang yang 2 meter tu....
Ada sesetengah org x suka panjang sangat kan....x reti nak lilit bagai kan.Sama la macam saya pun,sekadar dapat tutup dada udah yea.

 1).Pinkan shawl tu sebelah lebihkan sedikit.Yang pendek tu agak2 blh tutup dada.

2).Lihat gambar ni yea...kan sebelah panjang sebelah pendek.


 3).Lilitkan yang panjang tu kebahagian sebelah lagi.Yang ni ikut suka korang la,ada org suka lebih belah kiri ada org suka lebih belah kanan.Nnt kekok katanya....


 4).Pinkan untuk kekemasan ...

 5).Model saya ni nak juga guna reben....biar je la,nak nampak comel katanya.hahaha

 6).Kemudian yang bahagian pendek tu,tarik ke arah berlawanan arah(lekatkan pada yg panjang tu) pinkan sekali yea....

 7). Tada...dah siap.senangkan
 8). Bahagian sisi....dah boleh pergi jalan dah.Kejap je nak pakai shawl
kan.....













Friday, December 6, 2013

Pocket Tissue Holder




Ni namanya Pocket tissue Holder.
saya akan shared tutorial ni dengan pembaca semua yea,
Kalau rajin sila la ikut.

Pertama:
Potong 2 keping kain lain-lain kaler atau sama kaler pun x pe..
saiznya 5 1/2'' x 7 1/2".

 
 Saya menggunakan 2 keping kain yang berlainan.
Gambar pudar skit....sorry ek.


                                            

 Langkah ketiga:
JAhit kiri dan kanan kain tersebut.
Jahit yang saiznya 5 1/2"yea...
JAhit bahagian terbalik yea......maksudnya,
2keping kain tu luar bertemu luar,bahagian dalam tu la kita jahit.
Nak kenal mana dalam dan mana luar senang je.....
Kalau yang terang atau gelap warnanya itu tandanya  dalam.
Yang pudar tak bermaya atau pucat lesi warnanya itu tandanya belah dalam.
hehehe,.....

 
Langkah keempat:
Terbalikkan kain yang dah dijahit tu,
Buat macam dalam gambar tue....bagi kemas skit yea.

 

Langkah kelima:
Lipat la ikut garisan tengah td tu....jangan lupa pinkan tau.
Buat kedua-dua belah yea....ikut macam dalam gambar tu juga la...

 Langkah keenam:
Lepas dah pin kan kedua-dua bahagian tue.....
Boleh la jahit.....
Untuk kekemasan,lepas jahit lurus.....boleh la jahit tepi,
Tapi saya x de mesin jahit tepi,so saya jahit zig zag je.
Jadi la......

Dah siap jahit tepi tu....
Apa lagi....terbalikkan la ia.
Jeng-jeng.....beginila rupa nya pocket tissue tu.
Nnt saya upload lg gambar pocket tissue pattern lain pula yea.








Sa8 Concentrated Laundry Detergent

SABUN BASUH SA8 kelebihan Sabun 📌 Organic 📌 Pembersihan berkualiti tinggi 📌 Air cucian boleh jadi baja pokok 📌 Sangat jimat ~ tahan 4-6 ...