*Pengenalan Rahsia Metafizik*
Kehidupan hari ini perlu dilihat secara berhikmah (wisdom) dan melangkaui aspek fizik (beyond physic), iaitu secara metafizik. Sains Metafizik bukanlah suatu ilmu yang asing.
Nama-nama terkenal di era tamadun awal ilmu seperti Al-Farabi dan Ibnu Sina sememangnya telah pun membicarakan hal-hal sains metafizik ini. Hari ini, beberapa siri sains kepenggunaan metafizik telah dapat dikenalpasti untuk dimanfaatkan demi kejayaan diri, bangsa dan negara.
Manusia adalah sebahagian dari alam semesta. Fitrah bagi setiap isi alam adalah sama dimana setiap jisim mempunyai tenaga (energy) tertentu dan ianya tertakluk kepada Hukum Alam (Sunatullah). Bermula dari zarah atom yang sentiasa dikelilingi elektron (science physic), sehinggalah kepada planet-planet yang mengorbit matahari dan sistem cakerawala keseluruhannya, segalanya sentiasa bergetar (vibrate) dan bergerak (move) mengikut Hukum FitrahNya (quantum physic), yang dipandu oleh faktor ‘masa & ruang” (‘time & space’).
Sains Kepenggunaan Metafizik ‘Sains Tingkahlaku Manusia’ (Human Behavioral Science) [HBS]
HBS merupakan jenama baru dalam ilmu psikologi. Diasaskan di bawah penyelarasan Persatuan Anggota Akademik Melayu (Warisan Akademik), Universiti Melaya, Kuala Lumpur.
Kajian personaliti seseorang kini dapat dilakukan tanpa perlu menjalani ’ujian personaliti diri’ sepertimana kaedah psychometric biasa di pasaran. HBS digunakan untuk mengenalpasti pola tenaga diri (potential energy) seseorang yang mempengaruhi tingkahlaku individu tersebut (identifying human behaviour) berdasarkan kod-kod tenaga yang terhasil dari analisa formulasi kiraan tarikh lahir seseorang (berdasarkan Takwim Masihi).
Kod-kod pola tenaga diri itu akan dianalisa dan kemudiannya ditafsir mengikut ilmu falsafah dimana kehidupan setiap manusia itu sebenarnya sama sepertimana yang telah dilalui oleh nabi Adam selaku pemula kehidupan insan. Selagi bernama manusia, kita mengalami drama kehidupan yang telah difitrahkan.
Pola tenaga seseorang itu akan menunjukkan corak kehidupan mereka dari sudut personaliti dan tingkahlaku, kesihatan, hubungan sesama insan, komunikasi, kejayaan diri dan sebagainya. Walaubagaimana pun, tahap kekuatan / kebenaran / intensiti tenaga yang mempengaruhi seseorang tersebut turut bergantung kepada faktor ilmu, rakan taulan (networking) dan persekitaran (environment) mereka.
Ilmu ini bukanlah bermaksud menelek nasib atau ramalan sepertimana yang pernah di salah anggap, tetapi mengenalpasti potensi tenaga (potential energy) yang terdapat pada diri individu, sebagaimana ragam elektron terhadap atomnya, begitulah ragam/corak tenaga tingkahlaku terhadap jasadnya. Panduan dari pola tenaga diri ini amat berguna, seumpama kita sebagai pemandu yang sedang memandu, berpandukan tanda-tanda jalan (sign board) sebagai panduan untuk sampai ke tempat yang dimatlamatkan.
Ilmu ini bakal merubah paradigma minda seseorang. Ianya tidak tertakluk kepada faktor keturunan, bangsa, negara dan agama, bersifat universal dan benar pada semua orang.
Jom hadamkan video dibawah ini.
Pengenalan Apa Sebenarnya Ilmu Metafizik
https://youtu.be/V_ZurVZ03tM
#CgMelina769
#XifuIhsan
#XenrichAcademy
No comments:
Post a Comment