Sunday, January 21, 2018

Cadar dan Sarung Bantal






Assalamualaikum guy's.....nak bagi tau ni.
Saya ada ambil tempahan jahit cadar atau sarung bantal tau.
Kat atas ni pic my little boy bersenang lenang dengan cadar dan sarung bantal baru dia. 
Mesti ada yang tertanya-tanya mana perginya lagi sebelah sarung kaki boy ni kan.....hahaha,sebab terlalu selesa,tertanggal sebelah stoking dia.
Di sini saya sediakan senarai harga untuk tempahan yea.

Harga Tempahan Cadar dan Sarung Bantal :-

Cadar Single  : RM30

Cadar Queen  : RM40

Cadar King    : RM45

Sarung Tilam Bayi : RM35

Sarung Bantal  : RM5

Sarung Bantal  Bayi : RM3

Sarung Bantal Panjang Bayi : RM5

Sarung Bantal Panjang : RM 8

p/s : Untuk penjimatan seeloknya tempah satu set:-

King : Cadar + 2 Sarung Bantal + 1 Sarung Bantal Panjang : RM60 (Save RM3)
Queen : Cadar + 2 Sarung Bantal + 1Sarung Bantal Panjang : RM55 (save RM3)
Single : Cadar + 1 Sarung Bantal + 1 Sarung Bantal Panjang :RM 40 (Save RM3)
Baby : Sarung Tilam + 2 Sarung Bantal + 2 Sarung Bantal Panjang : RM55 (Save RM5)










Saturday, October 21, 2017

Pengalaman Bersalin Czer kali ke-2 Megat Ahmad Ilyas

Assalamualaikum....

Harini rasa macam nak kongsi pengalaman bersalinkan anak kesayangan yang ke 6,
Megat Ahmad Ilyas Bin Megat Ahmad Nizam pada 13/10/2017 (Jumaat).

Nama Baby :Megat Ahmad Ilyas Bin Megat Ahmad Nizam
Tarikh Lahir : 13/10/2017
Berat Lahir : 2.7kg
Masa Dilahirkan : 2:07ptg (14:07ptg)
Cara Dilahirkan : Pembedahan (czer) emergency czer

11/10/2017
Dikehendaki admit wad .
Plan untuk di induce pada 12/10/2017.
Jam 12:35tghhari, kami laki bini pun menyerah diri di kaunter labour room.
Sesampainya kami di sana,kami dikehendaki daftar dikaunter pendaftaran bersebelahan tempat menunggu.Dalam fikiran dok blur fikir macam2,almaklumlah walaupun ini kali ke-6 bersalin dan kali ke-2 bersalin secara czer,tp x pernah plak rasa bersalin secara induce kan....huhuhu,seram.
Selepas daftar....dapatlah bilik untuk beristirehat.Dalam hati dok berdoa,biarlah bersalin normal tanpa sebarang paksaan atau bantuan.
Rutin di wad seperti biasalah...tiba masa scan untuk check uri,air ketuban,kedudukan bayi, keadaan rahim dilakukan dan doktor check laluan (dah buka 2cm)
Doktor kata,esok pagi akan dimasukkan ubat kat bawah,dalam hati yang x redha dan berdebar2 menanti untuk esok.
Rutin di wad,check BP,check suhu badan,check jantung baby(CTG) dan check urin.semuanya normal,apasal aku kena bersalin juga esok.
Masa berlalu terlalu lambat rasanya....

12/10/2017
Awal pagi...seperti biasa doktor akan round melawat semua patient.
Doa didengari Ilahi, Alhamdulillah.
Doktor check rekod dan doktor kata x jadi induce (whats point nak kena induce,lagipun dinding rahim telalu soft)doktor x berani nak ambil risiko.
Bila masuk ubat...contraction kuat takut akan menyebabkan rahim koyak.huhuhu seramnya dengar.
Diorg akan cuba biar aku bersalin secara normal tanpa sebarang ubat.
Doktor pun check laluan dan tolong buka laluan...Ya Allah...macam ni rupanya sakit buka laluan(baru rasa).
Doktor kata esok pagi akan hantar aku ke labour room untuk dipecahkan ketuban plak.
Dalam masa berlalu tu aku banyakkan berjalan sebabnya doktor yang tolong buka laluan tu kata dah buka 3cm.

13/10/2017
Lebih kurang jam 8:15pg doktor round lagi....doktor seluk untuk check jalan,still 3cm,so,doktor tolong buka jalan lagi...yang kali ni lagi sakit dari semalam.Aduh....
Jam 10:00pg aku dihantar ke labour room,relax jap....pastu doktor pecahkan ketuban.1st time rasa air ketuban di pecahkan.
Actually aku x de pengalaman pecah ketuban ni.
Walaupun dah pecahkan ketuban still 3cm dan x rasa sakit.
Tp Bp aku tiba2 naik hampir 189/100,doktor suggest ambil epidural untuk reduce bp,sedangkan aku x perlu pun ambil sebarang ubat tahan sakit,sebabnya aku mmg jenis yang senang bersalin.(berlagakkan)
Doktor budget 2:30ptg bersalin...
So,suami pun dorg x nak panggil masuk lagi sebab si isteri x sakit lagi,tambahan dalam labour room sejuk,takut suami bosan menunggu.hehehe.
Jam 12:30tghhari baru buka 5cm...ni lagi legend,aku x rasa sakit langsung....(tu la suntik lagi epidural....)bila nurse check jantung baby n check contraction....ada.
Doktor pakar pun pelik,aik...u tak sakit ke?Siap main phone lagi.hahaha...mmg x sakit la doktor.
Lebih kurang jam 1:25ptg carta jantung bayi merundum,adoi,baby stress plak kata doktor.....aku jawab mmg la dia stress,sepatutnya lambat lagi dia nak keluar tp kena paksa.
Jam 1:48ptg aku ditolak ke bilik OT.
Apalagi....emergency czer la jawabnya sebab nak selamatkan baby comel ni.
Makanya jam 2:07minit lahirlah baby comel dengan berat 2.07kg.
Tersenyum la siibu ketika melihat baby baru,dibersihkan walau dalam keadaan mamai kesan ubat bius dan epidural yang di suntik sebelum masalah dikesan.
Ketika dalam proses doktor membersihkan darah barulah aku bg keputusan untuk ikat rahim (BTL).


 (Sakit Yang Sebenar)
Jam 5:30ptg baru ditolak ke wad...bayangkan dari 2++ sampai 5:30 aku kat bilik Ot yang sejuk tu.huh menggigil.
Punya la ramai org bersalin kan...sampai x cukup bilik.hahaha...
Sesampainya aku ke bilik wad....kepala yang pening2 td dah menunjukkan kesan yang drastik,tambahan dengan perut yang lapar last makan jam 8:00pg kena plak puasa selama 6jam.
Aduh perut ni memulas mulas dengan loya lagi.
Anak menangis pun aku x mampu nak buat apa...punya la x blh nak buka mata,asal buka mata dunia ni gelap je....asal buka mata mula la nak muntah.
Last2 setelah suami aku blk, aku minta nurse tolong jagakan bayi.
X perasan jam berapa nurse yang jaga anak aku bagi tau kena hantar baby ke wad 6c sebab tiba2 jantung baby lemah....aku ok kan je.Waktu malam plak dtg seorg doktor bagi tau anak dah hantar ke wad 6c sebab jantung lemah.Aku mmg dh x blh nak buka mata,nak bercakap pun x mampu dh...hanya mampu jawab,"doktor tolong la take care anak saya yea...saya x blh buka mata ni"doktor jawab x pe puan jangan risau,pn berehat je.
Jam 10:38malam aku ditukarkan ke wad bersalin yang biasa 1bilik 4katil(bilik 2 katil 2).Muntah2 dah kurang sikit tapi still pening x blh bangun langsung.

Suntikan Cairkan Darah
Ni jarum suntikan cairkan darah(porcine origin/Enoxaparin Sodium 40mg)....Bersalinkan Irdina 2015 dulu x de plak suntik menyuntik ni.
Suntikan ni ada 2 jenis sebenarnya,yang ni suntik sekali sahari,yang lagi 1 2kali sehari....Ada 3 tempat kita boleh suntik,Bahu,Perut dan Peha...tapi digalakkan diperutla,sebab byk lemak hahaha...kalau kat tempat lain sakit wo,sedangkan kat peut pun terasa juga pedihnya.
Asalnya nak minta nurse klinik kesihatan tolong suntikkan sebab mmg nyilu nengok jarum tu.Minta suami tolong suntikkan pun dia macam geli2 je....last2 mmg encik suami la yg suntikkan selama 7hari,sebabnya lagi 3 haritu dah suntik kat wad.

Add caption

Sakit kali ni berbeza masa aku bersalinkan Putri Nur Irdina Syahirah secara czer.

Friday, January 20, 2017

Cara Jahit Getah Rambut

Assalamualaikum semua,
 Ramai sangat kan yang nak tau cara jahit atau buat getah rambut sendiri.Memang la... kat kedai banyak blh dapat.Tp x sama dengan yang kita buat sendiri.Kalau buat sendiri boleh match dengan baju atau aksesori yang kita pakai kan....
Nak jahit getah rambut menggunakan kain ni,x de mesin jahit pun x pe,blh jahit tangan je....dari mula sampai akhir,cumanya siap lambat la sikit,tp siap juga kan.....
Harini saya nak tunjuk macam mana cara jahit getah rambut yang paling mudah.Kepada otai2 saya minta maaf jika ada kekurangan disini yea.Sila komen jika saya ada kesilapan,kepada newbis cara ini ada lah cara yang paling mudah dan senang di ikuti (bagi saya la....).



1. Getah untuk diletakkan dalam kain getah rambut kita tu.

2.Ukur getah sepanjang 7" nak lebih atau kurang pun blh,ikut citarasa sendiri.
Kalau guna getah sayur pun blh juga,tp kenalah guna 3 atau lebih setiap satu getah rambut yang kita nak buat tu.

3.Jahit tangan atau jahit mati getah yang sudah dipotong supaya x terlerai apabila apabila kita guna getah rambut nnt.Kalau dah terlerai.....kenalah buka semula jahitan pada kain nnt.Kan dah menyusahkan diri.hehehe
4.Kain pilihan....kain perca pun blh.potong ukuran 21" panjang.

5.Lebar 4", nak kurangkan pun boleh nak lebihkan pun boleh.ikut suka.


6.Kemudian jahit atau ketemukan kedua-dua penghujung kain,jangan lupa matikan.hehehe

7.Contoh dah di jahit.

8.Ambil getah yang td dan letakkan ke bahagian dalam kain yang kita dah sambung.

9.Pin kan atau jahit terus getah buatan sendiri tu yea.Kalau x yakin...pinkan dulu,bkn apa...takut saiz x sama besar pula.

Sekian Terima Kasih.
Harap-harap faham la tuto diatas.



Saturday, March 12, 2016

Ais Krim Malaysia,Ais Krim Sumi


Ais Krim Malaysia atau Ais Krim Sumi 

Bahan2 yang di perlukan :-

1 Tin Susu Pekat Manis
1 Tin Susu Sejat
3 Paket Sumi
4 Tin Air (guna tin yang sama)
Secubit Garam
Plastik Aiskrim (anggaran 30 keping)


Cara-caranya :- 

1 .Masakkan susu pekat manis,susu sejat dan garam bersama 4 tin air sehingga garam hancur.
( Seeloknya guna air masak).
2.Sejukkan susu yang telah dimasak tadi.
3.Sumi dikerat 4 setiap satu.Tapi saya kerat 2 sahaja....baru terasa sumi tu.
4.Masukkan sumi ke dalam plastik aiskrim.Buat 4 atau lebih warna.saya masukkan 4 potongan sumi berselang seli.maksudnya 2 biji sumi ada dalam satu aiskrim....
5. Masukkan susu yang telah sejuk ke dalam plastik td ikat kemas dan bekukan.

Seandainya x cukup budget atau nak buat sikt sahaja....
bahan-bahannya :-
 1 cawan susu pekat manis
1 cawan susu sejat
4 cawan air 
1 1/12 paket sumi (Selebihnya anak atau kita makan)
plastik aiskrim (anggaran 15 keping)
garam secukup rasa (untuk melemakkan)

Cara-caranya :-
sama sepeti di atas...


bahan2nya....



Sebelum dibekukan


Setelah Beku.



Selamat Mencuba dan Selamat Menjamu Selera .





Sunday, February 7, 2016

Pencil case,Beg Serbaguna





SOLD

Pencil Case,Beg Serbaguna

Material : 100% Cotton / Kapas
Saiz : 5" X 9"
Harga : RM 12.90 @ 1

Postage :-
RM 6 sem/ RM 9 Sbh/S'wak

Berminat sila whatsapp 017-4495420
warna atau corak random.....pelanggan cuma perlu beritahu warna yang ingin di tempah.

Barang akan dikirim atau pos hanya pada hari Selasa dan Jumaat sahaja.


Sa8 Concentrated Laundry Detergent

SABUN BASUH SA8 kelebihan Sabun 📌 Organic 📌 Pembersihan berkualiti tinggi 📌 Air cucian boleh jadi baja pokok 📌 Sangat jimat ~ tahan 4-6 ...