Assalamualaikum semua,
Ramai sangat kan yang nak tau cara jahit atau buat getah rambut sendiri.Memang la... kat kedai banyak blh dapat.Tp x sama dengan yang kita buat sendiri.Kalau buat sendiri boleh match dengan baju atau aksesori yang kita pakai kan....
Nak jahit getah rambut menggunakan kain ni,x de mesin jahit pun x pe,blh jahit tangan je....dari mula sampai akhir,cumanya siap lambat la sikit,tp siap juga kan.....
Harini saya nak tunjuk macam mana cara jahit getah rambut yang paling mudah.Kepada otai2 saya minta maaf jika ada kekurangan disini yea.Sila komen jika saya ada kesilapan,kepada newbis cara ini ada lah cara yang paling mudah dan senang di ikuti (bagi saya la....).
1. Getah untuk diletakkan dalam kain getah rambut kita tu.
2.Ukur getah sepanjang 7" nak lebih atau kurang pun blh,ikut citarasa sendiri.
Kalau guna getah sayur pun blh juga,tp kenalah guna 3 atau lebih setiap satu getah rambut yang kita nak buat tu.
3.Jahit tangan atau jahit mati getah yang sudah dipotong supaya x terlerai apabila apabila kita guna getah rambut nnt.Kalau dah terlerai.....kenalah buka semula jahitan pada kain nnt.Kan dah menyusahkan diri.hehehe
4.Kain pilihan....kain perca pun blh.potong ukuran 21" panjang.
5.Lebar 4", nak kurangkan pun boleh nak lebihkan pun boleh.ikut suka.
6.Kemudian jahit atau ketemukan kedua-dua penghujung kain,jangan lupa matikan.hehehe
7.Contoh dah di jahit.
8.Ambil getah yang td dan letakkan ke bahagian dalam kain yang kita dah sambung.
9.Pin kan atau jahit terus getah buatan sendiri tu yea.Kalau x yakin...pinkan dulu,bkn apa...takut saiz x sama besar pula.
Sekian Terima Kasih.
Harap-harap faham la tuto diatas.