Monday, August 4, 2014

Tuesday, May 6, 2014

Tentang Masa

Masa itu Emas...
Masa Mencemburui Kita......
Masa adalah modal kehidupan....
Masa bersifat relatif....


Allah juga bersumpah dengan Masa....
*Demi masa,sesungguhnya manusia dalam kerugian.Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh.Yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan yang berpesan-pesan dengan kesabaran*Maksud surah Al-Asr

Rasulullah S.A.W juga pernah bersabda yang maksudnya:-

*Gunakanlah lima sebelum datangnya lima perkara:
Masa Muda sebelum Tua,
Masa Lapang sebelum Sibuk
Masa Kaya sebelim Papa,
Masa Sihat sebelum Sakit dan
Masa Hidup sebelum Mati.

Kini masa begitu pantas berlalu,
Sehari bagaikan Sejam,
Seminggu bagaikan Sehari,
Sebulan bagaikan Seminggu,
Setahun bagaikan Sebulan.

Itulah antara tanda-tanda Kiamat akan hampir.
 Salah satu ciri peribadi muslim yang diharapkan umat adalah bersungguh-sungguh menjaga masa.
Masa yang kita lalui hanya akan memberi makna dalam kehidupan sekiranya kita memanfaatkannya dengan jalan kebaikan.Hanya muslim yang memiliki kejelasa matlamat hidup akan menyedari betapa pentingnya masa dalam kehidupan dan akan menghargai masa tersebut semaksima mungkin.

Mengurus masa adalah masalah klasik yang sentiasa dihadapi oleh sesiapapun yang ingin selalu lebih produktif,efektif sekaligus lebih efisien.Sayangnya kita sering membuang masa ketika membicarakan kepentingan masa.Ramai kalangan kita terkadang melalaikan nikmat masa dan waktu yang ada pada diri kita sehingga kita tidak memanfaatkan sepenuhnya.Kemudian kita mengeluh,"Saya Tidak Cukup Masa".
Nikmat yang dilupakan.

Rasulullah S.A.W bersabda;-
*Dua nikamat yang sering disalahgunakan oleh manusia adalah kesihatan dan masayang terluang*(HR Bukhari).

Ambil masa seketika untuk muhasabah sebentar akan masa-masaa yang berlalu.Bagaimanakah kita menggunakan masa yang dipinjamkan Allah kepada kita.Ternyata begitu banyak rupanya masa kita berlalu dengan sia-sia.

Dalam satu kajian statik yang dijalankan oleh sebuah pusat latihan Pengurusan Organisasi mendapati bahawa:-

27% Orang terlambat datang dari waktu kerja rasminya.
21% Balik kerumah sebelum waktu kerja rasminya tamat.
29% Sengaja melambat-lambatkan kerjanya tanpa alasan yang kukuh.
27%  Malas menyelesaikan kerjanya.
20% Menghabiskan masa bersantai-santai dengan teman sejerjanya di waktu pejabat.
62% Banyak berbicara hal-hal peribadi.

Friday, February 14, 2014

Anak-Anakku

Inilah permata hatiku,
1).Megat Ahmad Fitri             =   D.O.B:-09.12.2004
2).Megat Ahmad Idzham         =  D.O.B:-23.07.2006
3).Putri Nur Tia Syafiqah        =  D.O.B:-19.08.2010
4).Putri Nur Rihana Syaqirah  =  D.O.B :-07.02.2012

Gambar ni diambil dah berzaman dah,baru nak upload je....
No time la....Almaklumla...sebelum ni bekerja,
Buat kerja sampingan pun main curi-curi masa je.
Sekarang ni pun x de masa juga sebenarnya.....Lagi la sibuk.
Tapi.....sibuk kat rumah ngan sibuk bekerja x sama,stay lagi boleh menonton ke,
cuba resepi baru ke,updated blog ke.....hehehe.Disamping buat kerja boleh jaga
anak-anak sendiri,boleh masak sedap2 untuk diorg makan.Apa-apa pun aku x
menyesal berhenti kerja.Semua yang aku lakukan adalah kerana Allah.
Semoga hidupku yang mendatang lebih success.Amin.

Anakku Sayang

Megat Ahmad Fitri Bin Megat Ahmad Nizam.
Anakku yang sulung berumur 10tahun.
Love U very much.....

Pencil case


SOLD

Pencil Case/Beg Serbaguna
As Salam semua pembaca blog.
Actually pensel case ni saya buat bulan Oktober yang lepas.
Baru sekarang nak post gambar...agak terlamabat yea.Nak rupa jadam pun pensel case nie.
Material dari English Cotton.
Pensel case nie anak sulung saya yang punya.Jimat.....x payah nak beli pencil box spiderman la,iron man la,batman la
dan macam-macam lagi brand yang ada kat persada perniagaan nie.
Untuk yang berminat boleh la wassap saya di talian:-www.wassap.com/0174495420



Sa8 Concentrated Laundry Detergent

SABUN BASUH SA8 kelebihan Sabun 📌 Organic 📌 Pembersihan berkualiti tinggi 📌 Air cucian boleh jadi baja pokok 📌 Sangat jimat ~ tahan 4-6 ...