Monday, December 15, 2014

Jahitan Baju, Langsir dan Hiasan

Jahitan Baju, Langsir dan Hiasan



Alhamdulillah,

Kami dari Usahawan Asnaf MAIPk telah memiliki laman web perniagaan sendiri.

Terima kasih kepada cikgu Yushadi dan cikgu Nike kerana sanggup melayan karenah kami,mengajar kami,memberi tips perniagaan,menyuntik semangat kami dan sama2 merealisasikan impian kami.

Layari www.BeliAje.com

macam-macam ada.

Wednesday, December 10, 2014

Seluar Tidur





Seluar Panjang

Seluar special,
Depan lain belakang lain,
Ada cerita disebalik terhasilnya seluar ini.
Asalnya nak buat satu warna,
selepas potong bhagian hadapan,baru perasan yang kain tersebut x cukup.hehehe.ni la padahnya kalau x check dulu.
Nasib baik ada kain lain....so saya potong la utk bahagian belakang.jeng jeng jeng.....siap la akhirnya seperti dalam pic tu...
and then tak sangka pula anak teruna saya suka seluar ni,setiap hari dia pakai.Siap minta buat lagi pula tu.....
kain tu pula sebenarnya recycle,
Kain sekolah adik2 saya.hihihi
Sesiapa berminat nak tempah seluar utk pakai dirumah,sangat di alu- alukan,jangan pula bg kain x cukup.hehehe...melainkan kalau nak buat lain2 yea....
Nak Call blh,nak msg blh,nak email blh,nak wechat blh,nak wassup pun blh.hihihi.

Wednesday, October 15, 2014

Tempahan Baju

Blouse Kak Sue
Blouse ni kak Sue dari Kawasan lapangan terbang ipoh yang tempah.
X tau la sama ada ngam atau x ngan dia yea...
Harap2 ngam la...ikut baju contoh yang diberi.
Apa-apapun...terima kasih yea kak sue,bagi kepercayaan kat saya utk menjahit uniform akk ni.Saya ni masih dalam proses pembelajaran lagi...Kalau ada yang tak kena atau x puas hati tentang baju ni just bagi tau je,nnt saya kan 'take noted'
Kak sue ni ada buka SPA kat Ampang Ipoh jaya.
Kepada sesiapa yang nak mengurut ke nak bertangas ke nak facial muka ke nak mandi bunga ke blh la contact kak sue ni sendiri yea.Ni no mobile nya,0175605525.
untuk yang berminat nak tempah baju kat saya pun boleh...just wassup 018-3598591.
Terima Kasih pada yang pernah n berterusan support saya.Semoga anda beroleh kesenangan dan sejahtera hendaknya.Amiin...

Pencil case/Beg serbaguna

sold



Method :English Cotton

Measurement : 4.5" x 7.5"
Price :RM 12.90 (Exc Postage)

Interested can wassup : www.wassap.com/0174495420
Wechat : melina
Instagram : melina200411
Email : melina200411@gmail.com


Tq.

Saturday, October 11, 2014

Shawl Panjang/Wide shawl(Chiffon Berkualiti)



M 01
M08
 
M09
M03







 Shawl Panjang

Method : Chiffon (Berkualiti)
Panjang : 2.0meter
Lebar : 0.5meter
Sangat mudah digayakan dan tidak mudah renyuk.

Plain Chiffon
1@ RM12
6@ RM60 
12@ RM100 

Printed Chiffon(Limited)
1@ RM20
6@ RM100
12@ RM180

Wide Shawl 

Method : Chiffon(berkualiti)
Panjang : 2meter
Lebar : 0.7meter
 

Plain Chiffon
1@ RM25
6@ RM140
12@ RM270

Printed Chiffon(Limited)
1@ Rm45
6@ RM250
12@ RM450

 
Pemilihan warna adalah random bagi pembelian secara borong(12helai)
Kos penghantaran RM6.
Bagi pembelian melebihi 12helai kos penghantaran adalah percuma(Free).


Sila hubungi:0183598591(ina)
Wassup : 01759578739 (ina)
Wechat id : melina2004
dan jangan lupa follow ig melina200411(instagram).
Email :melina200411@gmail.com

Atau isi je borang kat sebelah kanan tu yea.


Shawl

Shawl,
Method : Italian Crepe
Panjang :78"
Lebar : 22"

Mudah digayakan,tidak mudah renyuk.
untuk order sila isi borang disebelah kanan anda,
untuk tindakan segera boleh wassup 0175957873,
Atau wechat Melina2004

Sekian Terima Kasih.

Saturday, September 13, 2014

Bunga Ros

Rose Pink

Rose Green
Bunga Ros,

Saiz :5"
Material : Satin
Kegunaan : sebagai hiasan pelamin,buaian untuk majlis naik buai/cukur jambul.
Warna : Ikut permintaan pelanggan.

Berminat nak tempah,sila isi borang dikanan anda,
Untuk tindakan segera digalakkan wassup 0174495420.

Terima Kasih

Thursday, August 14, 2014

Shawl(Italian Crepe)

COD 01 (SOLD)

COD 02 (SOLD)

COD 03 (SOLD)

COD 04 (SOLD)

COD 05 (SOLD)

COD 06 (SOLD)
Shawl,
Panjang :2 Mtr
Lebar : 22"
Material : Italian Crepe (x mudah renyuk,mudah bentuk)
Harga :RM 30 (Harga kasih sayang)

Berminat boleh hubungi 012-5977560(Zelaini),018-3598591(Ina)
Untuk tindakan segera,digalakkan wassup/wechat.

Boleh juga email di melina200411@gmail.com.
Sila feedback pada borang disebelah.

Terima Kasih,kerana sudi singgah di blog ini.


 

Wednesday, August 13, 2014

Anakku Sayang

Comel x saya?
Saya ni pemalu,
Nama saya Putri Nur Tia Syafiqah Binti Megat Ahmad Nizam.
Saya dilahirkan pada 19/08/2010

Sunday, August 10, 2014

Pin Cushion






Pin Cushion.
Juga boleh dijadikan perhiasan,
sesuai dijadikan survenir atau hadiah kenangan.
Sangat comel dalam pelbagai warna dan boleh dicuci kerana material dari kain cotton.

Berminat sila hubungi/wechat/wassup/msg: 018-359 8591
atau email : melina200411@gmail.com

Friday, August 8, 2014

Pin Cushion


Pin Cushion,
juga boleh dijadikan perhiasan.

Saiz : 4 x 4
Harga ; RM 10.90
Warna : Random / ikut permintaan
Syarat tempahan : Bayar penuh atau separuh.
Penghantaran akan dibuat selepas 3hari(waktu bekerja)bayaran penuh diterima.

Untuk mendapatkan harga istimewa atau harga borong,pelanggan wajib membeli secara pukal atau borong(12pcs)

Keistimewaan pin cushion ini,adalah ia sangat comel dalam pelbagai warna,mudah dibawa kemana-mana dan mudah disimpan didalam tas tangan bagi mengelakkan pin tudung hilang.

Jika berminat sila wassup /wechat/atau msg di talian 018-359 8591   

atau email: melina200411@gmail.com

Terima Kasih

Pin Cushion

Depan

Belakang
Pin Cushion
juga boleh dijadikan perhiasan.

Saiz : 4 x 4
Harga : RM 10.90
Warna : Random / ikut permintaan
Syarat Tempahan : Bayar penuh / separuh.
Penghantaran akan dibuat selepas 3 hari (waktu bekerja) bayaran penuh diterima.

Untuk mendapatkan harga istimewa atau harga borong,pelanggan wajib membeli secara pukal atau borong(12pcs)

Keistimewaan pin cushion ini,adalah ia sangat comel dalam pelbagai warna,mudah dibawa kemana-mana dan mudah disimpan didalam tas tangan bagi mengelakkan pin tudung hilang.

Jika berminat sila wassup /wechat/atau msg di talian 018-359 8591

atau email: melina200411@gmail.com

Terima Kasih

Anakku Sayang

Anak sapa la ni yea....?
Namanya Putri Nur Rihana Syaqirah Binti Megat Ahmad Nizam.
D.O.B: 07/02/2012
Pantang la pakai lipstik ke makeup ke muka tu......mesti minta ambil gambar.


Monday, August 4, 2014

Gaun

Gaun ni saya buat tahun lepas lagi.....
Baru teringat nak upload....mesti ramai yang cakap kan,buat apa upload kalau dah lambat.
Betul tak?
Saya nak upload juga bukan pasal apa....
Ini adalah hasil pertama saya buat gaun untuk anak bongsu saya,dan saya berasa amat bangga kerana dapat menghasilkan gaun dengan hasil usaha saya sendiri hasil dari saya belajar dengan ibu saya iaitu
Pn Zelha Binti Mohd Noor.Terima Kasih Mak kerana banyak mengajar saya tentang jahitan.
Hurm....banyak benor hasilnya yea....hehehe.
Sesiapa berminat nak tempah gaun untuk anak boleh la wassup/wechat/text ditalian: 018-3598591.
atau pm fb: www.facebook.com/Norazlina mansor.
atau email: www.melina200411@gmail.com
Dan....nntkan baju kanak-kanak readymade dari saya yea....

Tempahan



Tempahan Baju kurung Pesak Gantung Dari Wan Zuhana.
Terima Kasih Ana....support akk.

Jubah Kanak-Kanak



Jubah Kanak-Kanak Khas untuk Puteriku.
1st time buat jubah kanak2....
anakku adalah perasminya.
Sangat simple kan...?

Raya Aidilfitri 2014











Raya Pertama punya cerita,
Happy Famili,
Walaupun x cukup "corum".

Tuesday, May 6, 2014

Tentang Masa

Masa itu Emas...
Masa Mencemburui Kita......
Masa adalah modal kehidupan....
Masa bersifat relatif....


Allah juga bersumpah dengan Masa....
*Demi masa,sesungguhnya manusia dalam kerugian.Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh.Yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan yang berpesan-pesan dengan kesabaran*Maksud surah Al-Asr

Rasulullah S.A.W juga pernah bersabda yang maksudnya:-

*Gunakanlah lima sebelum datangnya lima perkara:
Masa Muda sebelum Tua,
Masa Lapang sebelum Sibuk
Masa Kaya sebelim Papa,
Masa Sihat sebelum Sakit dan
Masa Hidup sebelum Mati.

Kini masa begitu pantas berlalu,
Sehari bagaikan Sejam,
Seminggu bagaikan Sehari,
Sebulan bagaikan Seminggu,
Setahun bagaikan Sebulan.

Itulah antara tanda-tanda Kiamat akan hampir.
 Salah satu ciri peribadi muslim yang diharapkan umat adalah bersungguh-sungguh menjaga masa.
Masa yang kita lalui hanya akan memberi makna dalam kehidupan sekiranya kita memanfaatkannya dengan jalan kebaikan.Hanya muslim yang memiliki kejelasa matlamat hidup akan menyedari betapa pentingnya masa dalam kehidupan dan akan menghargai masa tersebut semaksima mungkin.

Mengurus masa adalah masalah klasik yang sentiasa dihadapi oleh sesiapapun yang ingin selalu lebih produktif,efektif sekaligus lebih efisien.Sayangnya kita sering membuang masa ketika membicarakan kepentingan masa.Ramai kalangan kita terkadang melalaikan nikmat masa dan waktu yang ada pada diri kita sehingga kita tidak memanfaatkan sepenuhnya.Kemudian kita mengeluh,"Saya Tidak Cukup Masa".
Nikmat yang dilupakan.

Rasulullah S.A.W bersabda;-
*Dua nikamat yang sering disalahgunakan oleh manusia adalah kesihatan dan masayang terluang*(HR Bukhari).

Ambil masa seketika untuk muhasabah sebentar akan masa-masaa yang berlalu.Bagaimanakah kita menggunakan masa yang dipinjamkan Allah kepada kita.Ternyata begitu banyak rupanya masa kita berlalu dengan sia-sia.

Dalam satu kajian statik yang dijalankan oleh sebuah pusat latihan Pengurusan Organisasi mendapati bahawa:-

27% Orang terlambat datang dari waktu kerja rasminya.
21% Balik kerumah sebelum waktu kerja rasminya tamat.
29% Sengaja melambat-lambatkan kerjanya tanpa alasan yang kukuh.
27%  Malas menyelesaikan kerjanya.
20% Menghabiskan masa bersantai-santai dengan teman sejerjanya di waktu pejabat.
62% Banyak berbicara hal-hal peribadi.

Friday, February 14, 2014

Anak-Anakku

Inilah permata hatiku,
1).Megat Ahmad Fitri             =   D.O.B:-09.12.2004
2).Megat Ahmad Idzham         =  D.O.B:-23.07.2006
3).Putri Nur Tia Syafiqah        =  D.O.B:-19.08.2010
4).Putri Nur Rihana Syaqirah  =  D.O.B :-07.02.2012

Gambar ni diambil dah berzaman dah,baru nak upload je....
No time la....Almaklumla...sebelum ni bekerja,
Buat kerja sampingan pun main curi-curi masa je.
Sekarang ni pun x de masa juga sebenarnya.....Lagi la sibuk.
Tapi.....sibuk kat rumah ngan sibuk bekerja x sama,stay lagi boleh menonton ke,
cuba resepi baru ke,updated blog ke.....hehehe.Disamping buat kerja boleh jaga
anak-anak sendiri,boleh masak sedap2 untuk diorg makan.Apa-apa pun aku x
menyesal berhenti kerja.Semua yang aku lakukan adalah kerana Allah.
Semoga hidupku yang mendatang lebih success.Amin.

Sa8 Concentrated Laundry Detergent

SABUN BASUH SA8 kelebihan Sabun 📌 Organic 📌 Pembersihan berkualiti tinggi 📌 Air cucian boleh jadi baja pokok 📌 Sangat jimat ~ tahan 4-6 ...