Monday, August 4, 2014

Gaun

Gaun ni saya buat tahun lepas lagi.....
Baru teringat nak upload....mesti ramai yang cakap kan,buat apa upload kalau dah lambat.
Betul tak?
Saya nak upload juga bukan pasal apa....
Ini adalah hasil pertama saya buat gaun untuk anak bongsu saya,dan saya berasa amat bangga kerana dapat menghasilkan gaun dengan hasil usaha saya sendiri hasil dari saya belajar dengan ibu saya iaitu
Pn Zelha Binti Mohd Noor.Terima Kasih Mak kerana banyak mengajar saya tentang jahitan.
Hurm....banyak benor hasilnya yea....hehehe.
Sesiapa berminat nak tempah gaun untuk anak boleh la wassup/wechat/text ditalian: 018-3598591.
atau pm fb: www.facebook.com/Norazlina mansor.
atau email: www.melina200411@gmail.com
Dan....nntkan baju kanak-kanak readymade dari saya yea....

Tempahan



Tempahan Baju kurung Pesak Gantung Dari Wan Zuhana.
Terima Kasih Ana....support akk.

Jubah Kanak-Kanak



Jubah Kanak-Kanak Khas untuk Puteriku.
1st time buat jubah kanak2....
anakku adalah perasminya.
Sangat simple kan...?

Raya Aidilfitri 2014











Raya Pertama punya cerita,
Happy Famili,
Walaupun x cukup "corum".

Tuesday, May 6, 2014

Tentang Masa

Masa itu Emas...
Masa Mencemburui Kita......
Masa adalah modal kehidupan....
Masa bersifat relatif....


Allah juga bersumpah dengan Masa....
*Demi masa,sesungguhnya manusia dalam kerugian.Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh.Yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan yang berpesan-pesan dengan kesabaran*Maksud surah Al-Asr

Rasulullah S.A.W juga pernah bersabda yang maksudnya:-

*Gunakanlah lima sebelum datangnya lima perkara:
Masa Muda sebelum Tua,
Masa Lapang sebelum Sibuk
Masa Kaya sebelim Papa,
Masa Sihat sebelum Sakit dan
Masa Hidup sebelum Mati.

Kini masa begitu pantas berlalu,
Sehari bagaikan Sejam,
Seminggu bagaikan Sehari,
Sebulan bagaikan Seminggu,
Setahun bagaikan Sebulan.

Itulah antara tanda-tanda Kiamat akan hampir.
 Salah satu ciri peribadi muslim yang diharapkan umat adalah bersungguh-sungguh menjaga masa.
Masa yang kita lalui hanya akan memberi makna dalam kehidupan sekiranya kita memanfaatkannya dengan jalan kebaikan.Hanya muslim yang memiliki kejelasa matlamat hidup akan menyedari betapa pentingnya masa dalam kehidupan dan akan menghargai masa tersebut semaksima mungkin.

Mengurus masa adalah masalah klasik yang sentiasa dihadapi oleh sesiapapun yang ingin selalu lebih produktif,efektif sekaligus lebih efisien.Sayangnya kita sering membuang masa ketika membicarakan kepentingan masa.Ramai kalangan kita terkadang melalaikan nikmat masa dan waktu yang ada pada diri kita sehingga kita tidak memanfaatkan sepenuhnya.Kemudian kita mengeluh,"Saya Tidak Cukup Masa".
Nikmat yang dilupakan.

Rasulullah S.A.W bersabda;-
*Dua nikamat yang sering disalahgunakan oleh manusia adalah kesihatan dan masayang terluang*(HR Bukhari).

Ambil masa seketika untuk muhasabah sebentar akan masa-masaa yang berlalu.Bagaimanakah kita menggunakan masa yang dipinjamkan Allah kepada kita.Ternyata begitu banyak rupanya masa kita berlalu dengan sia-sia.

Dalam satu kajian statik yang dijalankan oleh sebuah pusat latihan Pengurusan Organisasi mendapati bahawa:-

27% Orang terlambat datang dari waktu kerja rasminya.
21% Balik kerumah sebelum waktu kerja rasminya tamat.
29% Sengaja melambat-lambatkan kerjanya tanpa alasan yang kukuh.
27%  Malas menyelesaikan kerjanya.
20% Menghabiskan masa bersantai-santai dengan teman sejerjanya di waktu pejabat.
62% Banyak berbicara hal-hal peribadi.

Sa8 Concentrated Laundry Detergent

SABUN BASUH SA8 kelebihan Sabun 📌 Organic 📌 Pembersihan berkualiti tinggi 📌 Air cucian boleh jadi baja pokok 📌 Sangat jimat ~ tahan 4-6 ...