Sunday, February 9, 2014

Skirt


Skirt Pendek
Cantik x skirt nie?
Hehehe......nie pun buat sendiri gak.
Selepas saya pandai buat skirt ala-ala princess tue.....
Boleh la ambil tempahan nnt.
Dalam bulan 6 nie sesiapa yang nak tempah baju atau gaun anak-anak boleh la tempah pada saya yea.
Buat kata orang support orang melayu la katakan.
Ha lupa plak...kalau nak tempah dress pun boleh.

Sekarang?
Sekarang x boleh lagi coz saya x habis belajar lagi.

Belajar apa?
Saya sekarang belajar kat Pusat Giat Mara.
Ambil krusus Pembuatan Pakaian Wanita,dalam bahasa giat Fashion and Dressmaking.
Insyaallah tahun depan saya boleh mereka pakaian untuk pelanggan plak.
Doakan saya berjaya yea.
Amin.

Tote Bag



As Salam semua,
Dah lama rasanya saya x berblog.
Harap-harap semuanya berjalan lancar la ek.


Harini saya post gambar tote beg yang dah lama saya buat.
post yang pertama tue adalah bahagian luar yang mempunyai poket disekelilingnya.
post yang kedua dan yang ketiga tue adalah dibahagian dalam beg,ia juga mempunyai poket.
Beg ini boleh dipakai kedua-dua bahagia....hanya terbalikkan saje.
saya nie susah skit nal beli handbag......asal nak beli je....mesti teringat budget,pastu asyik fikir bazir plak kalau nak handbag.hihihi....tu yang buat beg sendiri tu.
Sanggup tau.....x tidur malam.
Hurm kalau ada sesiapa yang berminat nak minta saya buatkan....boleh aje.
Material beg ni,saya guna english cotton.
Email:-melina200411@gmail.com ,
Phone No:-018-3598591
Wassup/Wechat:-018-3598591

Friday, December 6, 2013

Pocket Tissue Holder




Ni namanya Pocket tissue Holder.
saya akan shared tutorial ni dengan pembaca semua yea,
Kalau rajin sila la ikut.

Pertama:
Potong 2 keping kain lain-lain kaler atau sama kaler pun x pe..
saiznya 5 1/2'' x 7 1/2".

 
 Saya menggunakan 2 keping kain yang berlainan.
Gambar pudar skit....sorry ek.


                                            

 Langkah ketiga:
JAhit kiri dan kanan kain tersebut.
Jahit yang saiznya 5 1/2"yea...
JAhit bahagian terbalik yea......maksudnya,
2keping kain tu luar bertemu luar,bahagian dalam tu la kita jahit.
Nak kenal mana dalam dan mana luar senang je.....
Kalau yang terang atau gelap warnanya itu tandanya  dalam.
Yang pudar tak bermaya atau pucat lesi warnanya itu tandanya belah dalam.
hehehe,.....

 
Langkah keempat:
Terbalikkan kain yang dah dijahit tu,
Buat macam dalam gambar tue....bagi kemas skit yea.

 

Langkah kelima:
Lipat la ikut garisan tengah td tu....jangan lupa pinkan tau.
Buat kedua-dua belah yea....ikut macam dalam gambar tu juga la...

 Langkah keenam:
Lepas dah pin kan kedua-dua bahagian tue.....
Boleh la jahit.....
Untuk kekemasan,lepas jahit lurus.....boleh la jahit tepi,
Tapi saya x de mesin jahit tepi,so saya jahit zig zag je.
Jadi la......

Dah siap jahit tepi tu....
Apa lagi....terbalikkan la ia.
Jeng-jeng.....beginila rupa nya pocket tissue tu.
Nnt saya upload lg gambar pocket tissue pattern lain pula yea.








Tuesday, December 3, 2013

Pencil Case


Pencil Case.
Hurm....ni pensel case untu anak saya yang sulung.
Megat ahmad Fitri Bin Megat Ahmad Nizam.
Tahun depan dia darjah 4.

Yang ini pula pencil case untuk anak saya yang no 2.
Megat Ahmad Idzham Bin Megat Ahmad Nizam
Tahun depan dia darjah 2.

Senangkan.....tak payah beli dah pencil case.
Pencil case ni diperbuat dari felt.
Kalau ada sesiapa berminat nak order boleh ar contact atau whatsapp saya
018-3598591
Wechat id:melina2004
email:www.melina200411@gmail.com,
www.melina_200411@yahoo.com

Label


Label.

Hurm....
saya dah ada label,
Boleh la lepas ni semua hasil jahitan saya letak label ni skali.
Excited pula yea.
Label ni saya tempah pada Aliza's Embroidery.
Murah jer.....
Terima kasih Aliza

Sa8 Concentrated Laundry Detergent

SABUN BASUH SA8 kelebihan Sabun 📌 Organic 📌 Pembersihan berkualiti tinggi 📌 Air cucian boleh jadi baja pokok 📌 Sangat jimat ~ tahan 4-6 ...